Monday 25 February 2013

“Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat”

Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

hulubalangKanan

Sunday 24 February 2013

Manifesto Pakatan Rakyat hanya layak dalam bakul sampah!


Mula-mula saya ingat itu hanya senda gurau, rupa-rupanya memang betul-betul berlaku. Bukan cubaaan tetapi betul-betul kata P.Ramlee dalam babak Pendekar Bujang Lapok. 

“SHAH ALAM: Pembangkang sebentar tadi melancarkan manifesto pakatan itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bertema Pakatan Harapan Rakyat.

Manifesto Rakyat digubal berdasarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. “ –BERITA HARIAN 

Hari ini Pembangkang telah melancarkan manifesto pakatan sempena Pilhan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Walaupun kerajaan pimpinan DS Najib belum mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU diadakan, namun pakatan haram sangat beria-ia dan tidak sabar untuk berdepan dengan PRU13. 

Sekalipun mereka tahu, manifesto itu akan dibakul sampahkan oleh rakyat, tetapi pakatan haprak tetap sedaya upaya untuk membuktikan betapa mereka yakin akan dapat memperbodohkan rakyat sekali lagi seperti mana yang telah mereka lakukan pada PRU lepas. 

Jadi, kini terpulanglah kepada rakyat samada mahu terus bersama pakatan haprak atau tinggalkan mereka demi kesejahteraan Negara. 

Cukup-cukuplah pakatan haram ini buat kecoh selama lima tahun pasca PRU 12. Jangan biarkan mereka terus bermaharajalela membuat onar di dalam Negara ini. 

SEPAKAT TOLAK PR..NEGARA LEBIH SEJAHTERA..
INILAH MANIFESTO YANG BAKAL MEREKA ULANGI JIKA MEREKA MASIH DIBERI KUASA 

APAKAH INI DI KATAKAN  Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakya

APAKAH INI DI KATAKAN  Rakyat Bersaudara


JADI KITA SEBAGAI RAKYAT HARUS MEMBAKUL SAMPAHKAN MANIFESTO MEREKA. MEREKA TIDAK LAGI BOLEH DIPAKAI DAN DIHARAPKAN.

JOM RAMAI-RAMAI TOLAK PAS DI TANJUNG MANIS...BOIKOT PAS..PAS PARTI LEMBU2


Tindakan Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat yang mengambarkan penerima BR1M sebagai haiwan mengundang pelbagai reaksi kurang senang di kalangan rakyat khususnya kepada penerima bantuan berkenaan. 

Mereka menyifatkan tindakan Nik Aziz itu sebagai melampau dan amat tidak wajar. Bagaimana seorang yang digambarkan memiliki ilmu agama sanggup menyamakan taraf manusia dengan haiwan. 

Sekalipun didesak agar menarik balik kenyataan “melampau” itu, namun Nik Aziz angkuh mempertahankan kenyataan beliau. 

Beginikah sikap pemimpin yang dianggap sebagai seorang yang berilmu dan berkedudukan tinggi dalam bidang agama??? Apakah serban dan jubah yang dipakai oleh golongan seperti ini memberikan kebebasan mutlak kepada mereka untuk menyamakan taraf manusia dengan haiwan. 

Nik Aziz sedia maklum, haiwan atau binatang amat jauh beza dengan manusia. Haiwan tidak mempunyai pegangan agama sedangkan manusia mempunyai ikatan dan hubungan kuat dengan agama..apakah Nik Aziz sedar akan tindakan beliau itu atau sengaja buat-buat tidak tahu.? 

TINDAKAN Nik Aziz sangat melampau. Rakyat Sarawak yang rata-ratanya menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia juga rasa terpanggil dengan kenyataan NIK Aziz itu yang bersifat “ego dan sombong”. 

Apakah NIk Aziz “maksum” sehingga boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang sangat MENGHINA rakyat. Nik Aziz boleh hidup senang tanpa duit BR1M. Tetapi rakyat amat memerlukan. 

Nik Aziz hanya bijak mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan sensitivity rakyat khususnya penerima bantuan berkenaan. 

Waima NIk Aziz sering digambarkan oleh pengikutnya sebagai “orang alim dan hidup dalam keadaan sederhana” tetapi bagi kami itu pendustaan danbohong belaka. Nik Aziz hanya berlakon sebagai seorang yang hidup sederhana, tetapi sebaliknya beliau kaya dan mewah. 

Masakan penerima BR1M yang rata-ratanya terdiri daripada orang yang kurang berada disamakan tarafnya dengan Haiwan seperti lembu dan ayam? 

Tanpa lembu dan ayam seperti mana yang digambarkan NIK Aziz itu, , beliau tidak akan berada pada kedudukanya sekarang…perbuatan menyamakan taraf manusia dengan binatang atau haiwan adalah tidak wajar sama sekali. Mungkinkah jiwa Nik Aziz sekarang sudah dibayangi hati-hati dan perasaan lembu dan ayam? 

Jika beginilah sikap seorang yang kononnya bergelar ulama atau alim, ia tidak ubah seperti mencemarkan imej Islam yang mendokong dan menuntut umatnya berbicara dan menuturkan perkara-perkara baik sesame manusia. 

INGATLAH wahai NIK Aziz, Tong MILO yang disediakan disetiap ceramah puak-puak anda itu tidak ubah seperti tindakan Lembu-lembu yang kehausan dedak dan air. Lembu-lembu yang kebulur dan kelaparan yang mahukan duit rakyat disetiap ceramah bodoh dan fitnah itu.

Sunday 3 February 2013

Kejatuhan Pakatan Rakyat Sudah Semakin Ketara


Nampaknya, apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat hari ini akan memakan diri mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sering diaibkan dengan kata-kata dan tindakan mereka sendiri sejk kebelakangan ini.

Seolah-olah mereka hanya pandai mengelirukan rakyat jelata dengan sentimen-sentimen kononnya rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tidak hairanlah kenapa senjata utama mereka hanyalah mengapi-apikan rakyat untuk turun berarak di jalanan.

Dua minggu lalu, DS Anwar Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung isu saham Felda Global Ventures Berhad.

Dalam helahnya untuk dilihat sebagai seorang pakar ekonomi, beliau mengesyorkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor minyak & gas dan kelapa sawit. "Lagipun, kita sebahagian daripada Opec. Saya bukan bermaksud untuk mencadangkan sebuah kartel, tapi hanya sinergi antara kedua-dua negara ini bakal membantu mengurangkan masalah yang timbul," ujar beliau.

Mungkin beliau telah dimakan usia sehingga terlupa, mungkin juga beliau tidak tahu langsung. Malaysia tidak pernah menganggotai Opec, dan kita telah pun berbincang dengan Indonesia untuk membentuk sebuah badan usahasama yang akan berusaha untuk menyokong kestabilan harga melalui pengurangan stok serta mengawal bekalan minyak sawit. Perancangan dan tindakan telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia tidak perlukan retorik DS Anwar Ibrahim.

Seminggu kemudian, Pakatan berkhayal lagi. Didorong oleh tuduhan melulu yang dilemparkan oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula melaung-laungkan tuduhan kononnya kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa-mangsa projek landasan keretapi maut sewaktu era Perang Dunia Kedua dahulu.

Tuduhan ini mengingatkan saya kepada tuntutan tidak masuk akal yang dibuat oleh Hindraf.Anwar terus mempersoalkan ke mana hilangnya wang pampasan tersebut di Jakarta minggu lepas. Beliau tidak tahu bahawa pihak kerajaan Jepun sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan ia pernah membuat pembayaran sejumlah itu kepada Malaysia. RM207 bilion yang kononnya telah dibayar dan dilesapkan oleh kerajaan Malaysia adalah "diluar penglibatan dan pengetahuan Kerajaan Jepun." Rupa-rupanya, tiada seorang pun penasihat-penasihat DS Anwar Ibrahim yang mempunyai masa untuk memberitahu beliau bahawa Tokyo telah menafikan tuntutan Pakatan tersebut. Saya rasa mereka terlalu terperangkap dalam pembohongan mereka sendiri.

Perhimpunan KL112 Sabtu lepas telah dilihat sebagai usaha terakhir Pakatan untuk menunjukkan kuasa dan sokongan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN). Walaupun perhimpunan Bersih dan Bersih 2.0 sebelum ini kononnya bersifat "non-partisan" kerana dirancang oleh NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan kebebasan sivil, KL112 lebih jelas dari mula lagi. Ia adalah agenda Pakatan Rakyat, dan niat mereka sangat jelas.Hari yang dinantikan tiba, namun sejuta rakyat yang digembar-gemburkan oleh Pakatan tidak tiba. Pemimpin Pakatan hanya mampu berbohong dengan berkata bahawa 500,000 rakyat Malaysia telah berhimpun dalam stadium yang hanya berkapasiti 30,000 orang itu.

DS Anwar Ibrahim menganggap Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sebagai sebuah kejayaan besar yang telah mencatat sejarah. Ada juga penyokong-penyokong beliau yang menganggap perhimpuan tersebut sebagai "hari kemerdekaan negara yang kedua."Semua khayalan-khayalan ini lupa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasionallah yang telah berusaha gigih untuk membawa transformasi politik dan ekonomi kepada negara. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta enakmen Akta Perhimpunan Awam adalah usaha kerajaan untik menegakkan kebebasan awam dan kebebasan sivil. "Kejayaan" perhimpunan 12 Januari tersebut adalah sebenarnya bukti kepada usaha-usaha kerajaan.

Anwar pasti kecewa kerana perhimpunan ini berlangsung tanpa sebarang insiden. Tiada perusuh yang merosakkan kenderaan polis, tiada seorang pun rakyat yang dipukul, dan tiada sesiapa pun yang disembur dengan air atau gas pemedih mata. Rata-rata rakyat Malaysia menarik nafas lega dan melemparkan pujian kepada kerajaan dan pihak polis. Malahan, pemimpin DAP Lim Kit Siang sendiri pun telah memuji Datuk Seri Najib kerana membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung.

Perhimpunan KL112 adalah kemenangan untuk rakyat Malaysia, bukan untuk Pakatan Rakyat. Ia telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan dan perpaduan.

AI

PAS Melukut Di Tepi Gantang Dalam Pakatan


Pada 14 Januari lepas, Majlis Syura Ulamak Pas telah membuat keputusan bahawa kalimah 'Allah' tidak boleh digunakan sebagai terjemahan kepada 'Tuhan' atau 'Lord' dalam sebarang teks keagamaan bukan Islam, sekaligus memaksa Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu untuk menarik balik pendiriannya bahawa "orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan-tuhan mereka."

Sewaktu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut-penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah dalam terjemahan Bahasa Malaysia kitab Injil, Dato' Seri Anwar Ibrahim tahu isu ini akan menggoncang kesatuan, kerjasama dan muhibbah yang kononnya wujud dalam Pakatan Rakyat.
Beliau menegaskan bahawa walaupun beliau menghormati keputusan Majlis Syura tersebut, tiada sebarang perubahan dalam pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.
Dengan kata lain, Anwar sekali lagi telah membelakangkan PAS demi DAP, dan demi undi bukan-Islam.
Sudah terang lagi bersuluh kerjasama antara PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan semakin goyah. Sewaktu Anwar Ibrahim naik ke pentas untuk berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat dua miggu lalu, ramai penyokong-penyokong PAS mula melangkah keluar meninggalkan stadium.
Sebenarnya ini sudah lama berlarutan. PAS seolah-olah menjadi boneka semata-mata dalam Pakatan, tunduk dan akur kepada setiap keputusan yang dibuat oleh PKR dan DAP walaupun bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang menghalang orang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah adalah satu lagi petanda bahawa PAS sebenarnya sudah bosan menjadi anak tiri dalam Pakatan.
Karpal Singh juga bertindak keterlaluan apabila menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang memastikan majlis ulamak PAS berpegang teguh kepada pendirian-pendirian Pakatan.
Adakah PKR dan DAP mendengar keluhan akar umbi serta Majlis Syura Ulamak PAS? Tidak. Sebaliknya, ADUN Bagan Dalam A. Thanasekaran membuat kenyataan bahawa sikap ahli-ahli PAS yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Karpal Singh itu tidak boleh diterima sama sekali, dan menggesa PAS mengambil tindakan ke atas ahli-ahli PAS yang terlibat dalam tunjuk perasaan tersebut.
Adakah PAS sudah tidak dialu-alukan dalam Pakatan? Segala-galanya sudah semakin jelas di mata rakyat Malaysia. Dan sudah pastinya pemimpin-pemimpin PAS akan semakin tertekan dengan ketidakpuasan hati ahli-ahlinya terhadap Pakatan Rakyat.
Teringat saya kepada kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tentang kerjasama antara PAS dan DAP lebih daripada sepuluh tahun yang lalu: "Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
Nampaknya apa yang berlaku sekarang ternyata songsang. PAS yang membantu DAP. Dan syaitan sedang ketawa.