Sunday, 27 January 2013

KENAK KITAK SELALU BEBULAK "NUAR"..


Banyak janji ditabur kepada negeri di bawah pakatan pembangkang tidak ditunai
KUCHING: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang terkenal dengan penabur janji manis di Malaysia.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahkan bahawa banyak janji yang pernah ditabur oleh Anwar pada 16 September 2008 kepada negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang tidak ditunaikan.

“Siapa tak kenal Anwar, putar belit dan pemberi janji manis paling terkenal di Malaysia… kalau nak tulis satu persatu janji beliau satu surat khabar tidak cukup,” tegasnya.

Oleh itu, Karim menasihati agar rakyat khususnya golongan belia tidak mudah terpengaruh dengan janji manis daripada individu yang tidak akan menunaikan janjinya.

Tambahnya, berjanji memang mudah tetapi menunaikannya susah dan jika Anwar dahulu sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerap datang ke Sarawak seperti hari ini, mungkin Sarawak sudah maju sejak dahulu lagi.

“Kita banyak ketinggalan kerana angkara Anwar semasa menjadi TPM dan sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak memberi penekanan kepada pembangunan Sarawak.

“Peruntukan untuk membina UNIMAS pada masa itu disalurkan kepada negeri lain sehingga pembangunan UNIMAS pada masa itu tergendala sebentar dan hanya dapat dibangunkan selepas beliau tiada lagi memegang jawatan tersebut,” jelasnya.

Karim yang juga Menteri Perumahan dan ADUN Asajaya memberitahu, jalan raya pesisiran Sarawak turut tergendala angkara Anwar.

“Beliau sebenarnya tiada perasaan sayang kepada Sarawak kerana beliau hanya mahu undi kita saja kerana kegilaannya hendak menjadi Perdana Menteri (PM),” katanya.

Justeru, beliau amat yakin rakyat Sarawak khasnya tidak akan mudah termakan janji dan dakyah kosong pembangkang walaupun ditabur pelbagai janji manis.

“Rakyat Sarawak sudah jemu dan muak dengan janji serta muslihat beliau… insya-Allah rakyat Sarawak tidak akan terpengaruh dengan janji manis beliau,” ujarnya.

ANWAR SEMAKIN TULAH

Anwar semakin tulah..lihat sahaja dari gelagatnya. Sejak Anwar bebas dari kandang dan habitatnya di Sungai Buloh, Anwar semacam ulat kepanasan untuk menakluki Putra Jaya..Bak kata Anwar, dialah yang akan jadi PM selepas PRU13..

Ketulahan Anwar semakin ketara..banyak perhimpunan haram yang beliau laksanakan walaupun berselindung di sebalaik kain NGO. Tapi yang belakangnya tak lain tak bukan kalau bukan mahkluk bernama Anwar.

Apa yang Anwar lakukan semuanya betulll..maklumlah, pengikut tegar Anwar menjulang Anwar sebagai Anugerah Tuhan..Kusss Semangat...

Antara Ketulahan Anwar adalah seperti di bawah..baca ye...


Himpunan Kebangkitan Rakyat Yang Gagal Menyemai Kebencian

Usaha Anwar Ibrahim untuk menyemai kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia sudah semakin hari semakin memakan dirinya sendiri. Himpunan Kebangkitan Rakyat yang digembar-gemburkan bakal menghimpunkan sejuta rakyat yang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional ternyata gagal dari segi kuantiti dan kualiti. Usaha Anwar Ibrahim mempergunakan golongan muda untuk memulakan huru-hara dan provokasi terhadap PDRM ternyata gagal sekali. PDRM telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan begitu efisyen sehingga menerima pujian dari segenap lapisan masyarakat!

Apa yang ada pada Pakatan Rakyat hari ini hanyalah angan-angan dan imaginasi sahaja. Tak sampai 100,000 ribu orang pun yang memenuhi Stadium Merdeka yang hanya berkapasiti 30,000 orang. Namun di kiri kanan mereka berpekik mengatakan 200,000 orang, 300,000 orang malahan sehingga 500,000 orang yang datang untuk melaungkan panggilan revolusi mereka. Begitu lawak sekali!

Jentera-jentera setiap parti dalam Pakatan Rakyat, Bersih, ANAK, Anti-Lynas, Royalti, dan pelbagai lagi NGO-NGO baru yang ditubuhkan khusus untuk menarik orang ramai untuk turun hanya mampu mengumpulkan sejumlah itu sahaja. Jangan juga kita andaikan bahawa kesemua yang hadir pada Sabtu lalu adalah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semata-mata!

Jika kita lakukan analisis mendalam, sebenarnya Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu lalu hanya menunjukkan gambaran positif terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan usaha-usaha yang telah beliau lakukan dalam transformasi politik dan ekonomi untuk negara kita ini. Akta Perhimpunan Awam yang telah diluluskan tahun lepas adalah sebab utama mengapa perhimpunan seumpama ini mendapat kebenaran dan mengapa pihak PDRM berupaya mengawal perhimpunan dengan penuh profesionalisme.

Pujian harus diberikan kepada kerajaan yang menghidupkan demokrasi, bukannya kepada Pakatan Rakyat yang hanya pandai memecahbelahkan perpaduan dan merosakkan nama negara yang selama ini terkenal sebagai sebuah negara demokrasi berperlembagaan yang aman damai serta makmur dari segi sosioekonomi. Permintaan-permintaan tidak masuk akal yang dipamerkan dalam 10 Tuntutan HKR112 bukti jelas betapa Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong mereka tidak ikhlas kerana hanya mahu terpekik terlolong sehingga suara mereka menarik perhatian media-media barat yang selama ini hanya pandai memperkecilkan kebolehan negara.


Sebenarnya, setiap isu dan permintaan yang diletakkan dalam 10 Tuntutan mereka ini telah pun dijawab, dibincang dan apa juga yang telah atau sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka ini ibarat anak-anak kecil yang hanya tahu menjerit sehinggalah mereka dapat apa yang mereka mahukan. Ingatlah, bukan semua tangisan atau rengekan anak kecil yang mampu kita layan.

Syabas kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga sudah tentunya Polis DiRaja Malaysia yang berjaya menghalang sebarang kekacauan atau huru-hara pada perhimpunan anjuran pembangkang ini. Majoriti rakyat Malaysia menolak kacau-bilau dan sentiasa berdoa agar insiden-insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku semasa himpunan Bersih dan Bersih 2.0 yang lalu tidak lagi berulang.